#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Ziarah Ulama, Ust Ismail Noh


Semasa menghadiri Majlis Akad Nikah abang kedua di Kota Bharu, ternampak Ustaz Saibon, beliau menjadi pengacara majlis. Sempat bertanya khabar beliau dan menyatakan hasratku untuk sambung pengajian. Dan beliau syorkan berjumpa dengan Ustaz Ismail Noh untuk dapatkan tazkiah. 

Semasa pulang ke Kelantan sempena Muktamar Pas minggu lepas, aku sempat bersama dengan sahabatku Hasieb menziarahi Ustaz Ismail Noh di kediaman beliau, Kampung Slow Machang, Pasir Mas. Rupanya beliau diserang strok sejak 2009 lagi.


Walaupun dalam keadaan sukar untuk bercakap dan mendengar, beliau sempat menitipkan kata-kata semangat dan pesanan perjuangan. Antara pesanan berharga; teguh dalam perjuangan, kuat membaca dan sentiasa menimba ilmu. 

Beliau yang mempunyai latar belakang pendidikan di Baghdah (bersama al-Fadil Dato' Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi ) dan Riyadh ( bersama Dato' Dr Johari Mat) sudah semestinya merupakan 'lautan ilmu' yang wajar kita teladani.

Previous
Next Post »