#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Pemikiran Mesin Kitar Semula

Dalam artikel yang lepas, saya menceritakan matlamat yang kabur. Melalui artikel tersebut saya telah dapat menghasilkan beberapa idea untuk menanganinya.

" gantunglah matlamatmu setinggi langit sekiranya ia jatuh, ia akan jatuh ke puncak gunung bukannya jatuh ke lembah yang jurang " – Hukama'

Jika kita ingin mencapai sesuatu matlamat kita perlu menukarkan perspektif kita terhadap matlamat yang ingin dicapai.

Pengalihan Perspektif:
1) Hadapan- kita perlu memikirkan apa yang perlu kita lakukan bagi mencapai matalamat kita
2) Belakang- kita juga perlu mengenalpasti beberapa masalah yang mungkin akan dihadapi bagi mencapai matlamat ini.

Bagi teknik Hadapan kita perlu berfikir secara intensif bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Kita juga perlu mengekploitasikan persekitaran kita sekiranya perlu.

Bagi teknik Belakang kita perlu mengesan masalah-masalah yang mungkin wujud sepanjang laluan kita ke arah matlamat tersebut.

Focus utama saya ialah untuk menggerakkan otak kita supaya sentiasa berfikir secara pantas. Pemikiran yang hebat tidak semestinya wujud pada orang yang bijak/intelligent.

" Creativity is the ability to see relationship where none exist " – Thomas Disch

Setiap pemikiran kita juga akan menghadapi risiko yang tinggi, pemikiran yang hebat ialah yang tidak menghiraukan risiko sekiranya tidak melanggar syarak.

Idea-idea yang dihasilkan tidak semestinya melalui pemikiran vertical semata-mata, kadang-kala pemikiran secara lateral memainkan peranan yang efektif

" The purpose of lateral thinking is movement-from one concept to another, from one way of looking at things to another " – Edward de Bono

Proses pemikiran mempunyai dua peringkat:
1) Mencari idea – luaskan skop pemikiran kita untuk mencari seberapa banyak idea
2) Mengembangkan idea – apabila idea telah dikumpulkan kita mesti mengembangkan idea tersebut dan mengenalpasti idea yang bersesuaian

Penyelesaian masalah

Bagi menyelesaikan masalah kita mestilah tidak terlalu singkat pemikiran dan juga tidak terlalu rigid

" Problems can't be solved by thinking within the framework in which the problems were created "– Albert Einstein

Bagi setiap masalah ia mempunyai banyak cara penyelesaian tetapi cara penyelesaian yang mana bersesuaian.

Apabila manusia ingin mencapai matlamat. Sepanjang laluan ke matlamat mereka telah menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul. Apabila keadaan ini berlaku, ada dua jalan yang akan dipilih oleh manusia.


Golongan pertama ( rajah di atas ) akan memilih jalan alternative bagi mengelak dari bertembung dengan masalah.




Manakala golongan kedua ( rajah di atas ) akan menuju terus ke matlamat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dan juga menukarkan persepsi dari masalah kepada cabaran. Bagi saya, saya lebih suka kepada cara golongan kedua, kerana pemikiran mereka sangat hebat, saya umpamakan pemikiran ini dengan mesin pengitar semula. Mengitar masalah menjadi cabaran yang mana akan memberi manfaat dari segi kekuatan, semangat, kefahaman dan sebagainya. Anda pula bagaimana?

Al-Faqiru Illah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
08/10/08
1:04
Previous
Next Post »