#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kehebatan Bahasa Arab

Bahasa arab adalah bahasa yang paling istimewa bukan sahaja merupakan bahasa Al-Quran malah mempunyai kaedah yang sistematik berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Bagi orang yang mempelajari bahasa arab, bahasa ini diekenali sebagai bahasa yang sensitif. Kerana apabila tersalah sebutan atau tersilap meletakkan baris ( harakah ) ia akan membawa maksud yang berlainan ataupun berlawanan dengan maksud yang asal. Apabila disebut tentang bahasa arab kepada pelajar aliran agama ataupun bukan dari aliran agama, tentu sahaja jawapannya adalah keluhan yang membosankan.
Mengapa keadaan ini terjadi? Untuk mempelajari bahasa arab, buka sahaja memerlukan kesungguhan tapi penghayatan terhadap bahasa arab dan tuntutannya. Bagi orang yang menghayati bahasa arab, mereka tidak menganggap bahasa arab itu bukan sekadar satu subjek yang mesti dipelajari tetapi sebagai tuntutan agama dan seruan para ulama. Telah dirakamkan dalam al-quran surah yusuf " Sesungguhnya aku telah menurunkan Al-Quran dalam bahasa arab, semoga kamu berfikir". Imam As-Syahid Hasan Al-Bana seorang ulama haraki yang merupakan mursyidul am Ikhwan Muslimin mewasiatkan supaya orang islam berusaha mempelajari bahasa arab
Saya ingin mengambil beberapa contoh yang menunjukkan bahasa arab ini amat penting dalam memahami maksud al-quran. Dalam al-quran banyak ayat yang mengandungi kalimah fitnah yang membawa maksud yang berlainan. Bagi orang yang tidak mendalami bahasa arab, mereka akan menganggap bahasa setiap kalimah fitnah itu bermaksud cerita yang direka-reka. tapi ada juga Fitnah yang bermaksud syirik
Elemen yang penting dalam bahasa arab ialah penguasaan dalam qawaid nahuwiyah dan tasrif soraf. Asal usul ilmu qawaid nahuwiyah ialah apabila Hasan Duali bersama-sama anaknya berada di luar sambil menikmati permandangan indah di waktu malam. Tiba-tiba si anak berkata " Ma Ajmalu Sama'. Lalu Hasan menjawab " bintang ". si anak terkejut " Aku ingin mengatakan alangkah cantinya langit ". hasan menegur anaknya " Jika kamu ingin mengatakan 'Alangkah cantiknya langit maka katakanlah Ma Ajmala Sama' bukan Ma Ajmalu Sama'". Kerana peristiwa ini, qawaid nahuwiyah telah berkembang. Kesilapan mengenai baris telah mengubah maksud sebenar ayat. Itu baru sahaja baris. ' Ajmalu' adalah ism tafdil yang bermaksud tercantik manakala ' Ma Ajmala' maksudnya alangkah cantiknya.
Untuk mendapat halawatul ibadah, kita perlu mengahayati setaiap kalimah yang dituturkan dalam ibadah. Kita selalu mendengar Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasi, Syeikh Mahmud Khalil Khusairi, Sheikh Al-Ghamidi dan sebagainya menangis ketika mambaca al-quran. Orang yang mendengarnya tidak berasa apa-apa. Betullah apa yang diberitahu oleh Tuan Guru Hj Abdullah B Daud Rantau Panjang ( Seorang Tok Guru Al-Quran yang hebat ), beliau menyatakan lagu al-quran yang paling baik adalah apabila kita membaca al-quran dan berjumpa dengan ayat-ayat nikmat maka bacaan kita bersemangat gembira, tapi apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat azab, neraka maka bacaan kita perlahan dan sedih. Macam mana kita hendak lakukan sekiranya kita tidak memahami bahasa arab?
Pelajarilah bahasa arab. Yang lebih utama, anggaplah ia sebagai tuntutan agama dan untuk mencari kesempurnaan ibadah dan mencapai halawatul ibadah

Al-Faqiru Ilallah

Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
13/05/08
22:03
Previous
Next Post »